Sedekah Jumaat dan Sesuap Rezeki Anak Yatim

Share:

Alhamdulillah, kali ni kami berkunjung ke Masjid Terengganu, Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin,Kuala Terengganu  pula bagi meneruskan aktiviti amal setiap hari jumaat kami. Tabung sedekah jumaatku ialah satu program di mana kami menyediakan makanan dan minuman percuma buat ahli jemaah solat jumaat.

Sedekah buat anak yatim juga dibuat pada hari yang sama. Alhamdulillah, dapat melihat sekitar Terengganu sambil membuat amal jariah. Untuk sumbangan sedekah anak yatim, kami hulurkan buat 3 buah keluarga di kawasan berhampiran. Semoga kunjungan kami minggu ini mmbri kebahagiaan dan kegembiraan buat anak-anak syurga ini.

Walaupun hujan turun tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan aktiviti amal jariah pada setiap hari jumaat ini.




No comments