3 Perkara Awal Untuk Memajukan Sesebuah Perniagaan]

Share:

3 Perkara Awal Untuk Memajukan Sesebuah Perniagaan]

Saya akan jawab apabila orang tanya saya perihal macamana hendak memajukan perniagaan. Saya hanya tanya 3 perkara sahaja dulu:

1. Adakah anda bangun awal pagi?
2. Adakah anda solat?
3. Adakah anda bersedekah?

Kalau anda dia tidak memenuhi 3 perkara tersebut, saya akan menyuruh anda penuhkan syarat-syarat itu dahulu baru kita berjumpa kembali.

1. BANGUN PAGI

Mulakan hari anda dengan bangun awal pagi. Kalau boleh join '5AM club' setiap hari dan gunakan masa pagi itu dengan sebaiknya. Jarang orang yang berjaya bangun lewat/ tengah hari.

2. SOLAT

Kalau hubungan dengan Allah tidak dijaga, bagaimana kita nak minta dengan Allah murahkan rezeki kita? Bukan customers atau boss yang bayar gaji atau bagi bonus pada kita. Itu semua dengan izin Allah. Sebab itu saya sentiasa tekankan sentisa letakkan Allah no 1. Kalau Allah tak suka jangan buat. Sekelip mata Allah boleh ranapkan hidup anda. Penuhkan solat 5 waktu. Solat Dhuha and hajat jangan dilupakan. Mintalah dengan Allah. Dia maha pemurah lagi mengasihani

3. SEDEKAH

Ini ramai yang susah nak buat. Jadi seperti Saidina Uthman RA dimana meletakkan harta di hujung jari. Mudah untuk memberi harta kepada orang lain. Mudah belanja orang makan. Mudah memberi pertolongan kepada orang lain. Mudah berkongski ilmu. Mudah segalanya kerana harta itu harta Allah. Kita medium penyampaian sahaja. Makin kita pandai menguruskan harta Allah, makin Allah yakin untuk memberi kita uruskan hartaNya yang lebih banyak. Cubalah

Boleh lakukan 3 perkara di atas ini dahulu? Jadikanya habit. Lakukan dalam masa 66 hari mengikut kajian saintifik dan anda akan terbiasa lakukanya.

#cp😊


No comments