Teks: Amal Till Jannah

Bismillahhirrahmanirrahim.

Sudah masuk pertengahan bulan Februari. Walaupun adakalanya agak sunyi di blog ATJ. Namun syukur, perjuangan dan aktiviti amal jariah di Amal till Jannah tetap berjalan dengan lancar.

Syukur kerana semakin ramai umat Islam di Malaysia mula sedar akan kepentingan sedekah dan berinfak ke jalan Allah swt. Tidak kiralah sama ada berinfak untuk diri sendiri atau sedang mencari keredaan Allah, dengan memulakan sesuatu yang baik, In shaa Allah, Allah akan mengikut sangkaan baik hamba Nya.

Di Amal till Jannah kami mempunyai 10 tabung khas yang boleh pembaca semua infakkan. Dari anak yatim, wakaf dan bantuan kemanusiaan. In shaa Allah, kita cuba sampaikan bantuan ini kepada mereka yang memerlukan.


Ingat matematik Allah tentang sedekah; yang pastinya 10-1 bukan 9. Ianya boleh jadi;

10 - 1 = 19
10 - 1 = 709

Atau lebih banyak lagi lebih dari yang kita fikirkan. Tolak logik, maka itulah dia keajaiban Allah s.w.t.

Poster-poster tabungan kami masih banyak lagi yang sedang cuba disiapkan. In shaa Allah, kita akan sentiasa update aktiviti dan poster terbaru ya.


Tabung Wakaf Quran / Iqra
Tabung Sedekah Jumaatku
Projek Mega Pembangunan Masjid Baru di Alor Gajah, Melaka

Kekal setia bersama kami di Amal till Jannah ya. Jangan lupa share kepada rakan-rakan mengenai amal till Jannah. Aminn